Tuntutan ganti rugi kenderaan first party insuran

04:56 pm 21.11.2019
Car / Motorcycle
avatar
04:56 pm 21.11.2019

Saya tidak memiliki lesen memandu kerana telah di senarai hitam. Saya telah mengalami kemalangan mengelak kereta yang menghimpit sehingga kenderaan saya melanggar pembahagi jalan. Terdapat beberapa kerosakan pada kenderaan saya. Kereta yang menghimpit saya lari tanpa dapat di kenal pasti no kenderaan. Kenderaan yang saya pandu di atas nama saya sebagai pemilik dan mempunyai cukai jalan Dan insuran first party yang sah. Soalan saya adakah saya boleh menggunakan perlindungan insuran saya untuk memperbaiki kos kerosakan. Untuk pengetahuan, saya sudah perbaharui insuran first party tanpa apa-apa tuntutan selama 3 tahun. Apakah saya di lindungi oleh insurance dan boleh membuat tuntutan ganti rugi?

Answers:
IBanding Services
View Profile
4.9

Petaling Jaya, Selangor

12:13 am 25.11.2019

Lesen anda dibatalkan atas alasan oleh pihak berkuasa kerana anda tidak sesuai untuk mengendali kenderaan. Jesteru, sekiranya anda telah terbabit dalam kemalangan, pihak insuran berhak untuk menolak tuntutan anda atas alasan tersebut.  

Sekiranya anda tetap mahu membuat tuntutan, anda juga perlu membuat laopran polis dan anda akan disaman. Ada kemungkinan pihak polis akan kompoun kenderaan anda untuk siasatan lanjut.

Harap maklumat diatas dapat memberi sebanyak sedikit petua untuk anda membuat keputusan. 

Are you an insurance agent? Sign-up here. As a registered user, you have the opportunity to get notified about new entries about this question.