Curi

02:22 pm 05.03.2020
Car / Motorcycle
avatar
Din
02:22 pm 05.03.2020

Saya memberi pinjam kereta dengan kenalan tetapi malangnya dia telah mencuri kereta saya. Kini dia telah ditangkap dan dipenjarakan selama 8 bulan di bawah seksyen 403 menggunakan barang dengan curang dan polis dah clasificasikan sebagai kereta hilang. Adakah claim saya akan berjaya? Boleh bagi nasihat jika tidak boleh. Pihak insurans letakkan kes saya ni KIV.

Answers:
avatar
Din
02:22 pm 05.03.2020

IBanding Services
View Profile
4.9

Petaling Jaya, Selangor

07:12 am 10.03.2020

Tuan,

Kes anda dianggap sebagai kecuaian sendiri dan pihak insuran tidak akan meluluskan tuntutan anda atas akta perlanggaran kepercayaan jenayah (criminal breach of trust) yang tertakluk atas kondisi polisi kenderaan anda (Condition 1(b) (ix) of Section A).

Anda boleh menfailkan kes ini kepada Ombudsmen of Finance Service (Biro Pengantaran Kewangan) di alamat No.4, Level 14, Main Block, Menara Takaful Malaysia, Jalan Sultan Sulaiman, 50000, Kuala Lumpur (telefon nombor: 03-2272 2811) untuk membantu menyelesaikan pertikaian ini.

Sekian Terima Kasih.

Are you an insurance agent? Sign-up here. As a registered user, you have the opportunity to get notified about new entries about this question.